Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau diserang strok atau angin ahmar sebagaimana laporan beberapa portal petang semalam.

Sebaliknya Shahidan berkata, beliau hanya mengalami penyakit gangguan saraf pada bahagian kaki yang dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan portal Utusan Malaysia Online, Shahidan dilaporkan berkata, dirinya masih lagi aktif menghadiri pelbagai aktiviti parti setiap hari di negeri itu.

Shahidan turut menasihati sesiapa yang membuat kenyataan mengenai keadaannya boleh terus bertanya sendiri kepadanya, isteri atau ahli keluarga terdekat.

Portal berbahasa Inggeris The Star, semalam memetik Setiauasaha Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai berkata Shahidan diserang angin ahmar sejak beberapa hari lalu.

Shahidan adalah menteri besar Perlis dari tahun 1995 hingga 2008 dan kemudian dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, jawatan yang dipegangnya sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.