Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Alibaba Group Jack Ma bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Menerusi satu klip video yang dikongsi Bernama di twitter, ia memaparkan Jack Ma disambut oleh Mahathir bersama rombongannya.

Jack Ma berada di Malaysia untuk majlis perasmian pembukaan pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini.

Jack Ma adalah salah seorang jutawan terkemuka China yang mengasaskan platform e-dagang Alibaba.