Ketua Setiausaha Sekretariat Pemilihan UMNO Datuk Norazuwan Aziz mengesahkan tujuh pencalonan bagi jawatan presiden.

Calon-calon itu adalah pemangku presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Empat lagi calon kurang dikenali, iaitu penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (Umno Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (Umno Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (Umno Iskandar Puteri).

Sayap Umno akan mengadakan pemilihan pada 23 Jun manakala peringkat pusat pada 30 Jun.