Timbalan Presiden PKR, Datuk Sseri Mohamed Azmin Ali menegaskan pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor dicapai melalui konsensus, bertentangan dengan apa yang dituntut oleh ADUN Ijok Dr Idris Ahmad.

“Saya tidak mahu terjebak dalam polemik ini.

"Perbincangan berjalan dengan baik dengan konsensus semangat untuk memastikan kesinambungan,” kata Azmin sejurus selepas hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Idris membuat dakwaan berkenaan semasa sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, kira-kira sejam sebelum Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-16 Selangor.

Idris, seorang ADUN penggal kedua, juga mengemukakan surat sokongan pemimpin-pemimpin di BERSATU, DAP dan AMANAH Selangor yang didakwa menyokong pelantikannya.

Satu lagi surat sokongan Idris ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam semua empat surat berkenaan yang ditandatangani awal bulan ini, nama Idris adalah calon tunggal yang dikemukakan oleh setiap parti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PKR mencalonkan ADUN Sungai Tua selama tiga penggal, Amirudin dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin sebagai calon untuk menteri besar.

Azmin dilantik sebagai menteri besar pada 11 Mei lalu tetapi terpaksa mengosongkan jawatan itu selepas beliau menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Idris, Azmin juga melantik dirinya sendiri sebagai menteri besar tanpa persetujuan di kalangan parti-pari HARAPAN.