Altanshagai Munkhtulga hanya berumur empat tahun ketika ibunya, Altantuya Shaariibuu, Mongolia, dibunuh di pinggir Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Kini, 12 tahun kemudian, Altanshagai, yang lumpuh dan tidak mampu berjalan selepas sakit semasa zaman kanak-kanak, masih tidak diberitahu mengenai kematian ibunya.

Datuknya, Setev Shaariibuu, sepanjang 12 tahun lalu memberitahunya bahawa ibunya masih hidup.

"Selama 12 tahun lalu, saya sentiasa membeli gula-gula untuknya, dan berkata ia pemberian daripada ibunya," kata Setev (foto, bawah) menerusi penterjemah semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.