Menteri Besar Selangor yang baru dilantik Amirudin Shari berkata beliau tidak akan membuat rombakkan tugasan exco yang dilantik dibawah pimpinan bekas Menteri Besar sebelum ini Datuk Seri Azmin Ali.

“Saya perlu bincang dengan semua (exco) terlibat baru sebulan mereka dapat tugas masing-masing tak akan nak ubah lagi, jadi mereka dah mula serasi dengan tugas masing-masing kalau ada perubahan dalam skala minimum sahaja,”katanya sambil memaklumkan segala perancangan projek dilakukan dibawah pentadbiran Azmin akan diteruskan.

“Buat masa ini saya tumpu kepada perancangan negeri yang sedia ada kita dah berjalan setengah tahun, kalau saya ubah mungkin menganggu plan yang telah dilaksanakan, cuma akan ada penambahbaikan sedikit,”katanya.

Amirudin sebelum itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada pagi tadi dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 10.15 pagi.