Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mungkin mengumumkan anggota baru jemaah menteri pada hujung minggu ini, kata timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata, "Saya sebenarnya bertanya soalan yang sama kepada perdana menteri. Beliau berkata akan mengambil sedikit masa, jadi mungkin, akhir minggu ini.

"Terpulang kepada perdana menteri."

Dr Wan Azizah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat dari Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa di pejabatnya, di Putrajaya, pagi ini.