Hartawan teknologi, Jack Ma berkata beliau menubuhkan Alibaba selepas mendapat inspirasi daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) ilham cetusan Perdana Menteru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba berkata hari ini benih pertama idea untuk apa yang akhirnya menjadi gergasi e-Perdagangan global mula disemainya ketika beliau membaca berita mengenai MSC hampir 20 tahun yang lalu.

"Saya membaca akhbar itu (pada tahun 1997) dan melihat berita mengenai MSC. Saya fikir 'wow' ini adalah idea genius.

"(Saya fikir) jika Malaysia boleh melakukan ini, kenapa China tidak boleh. Mengapa saya tidak boleh melakukan ini untuk diri saya sendiri.

"Jadi Malaysia memberi sumber ilham kepada saya untuk menubuhkan AliBaba," katanya ketika melancarkan pejabat Alibaba 1 di pejabat Asia Tenggara di Bangsar Selatan hari ini.