Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi ucapan penerimaan jawatan berkata kerajaan dibawah pimpinannya memberi jaminan akan melindungi dan memelihara kedudukan Melayu dan Islam berlandaskan perlembagaan persekutuan.

Disamping itu Amirudin berkata selaras dengan dasar keserdahanaan, keadilan dan keharmonian kerajaan negeri bertekad untuk melindungi semua hak semua kaum dan agama.

Tambahnya semangat rakyat Malaysia yang sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, demokrasi parlimen dan peranaan institusi raja-raja telah berjaya mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara ini.

Amirudin melaporkan diri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada hari pertama mengalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.