Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melihat zaman Umno sudah berlalu sesudah gagal mempertahankan kerajaan persekutuan dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Justeru Mohd Amar mencadangkan penyelesaian terbaik buat Umno adalah dengan membubarkan parti itu dan menyertai PAS.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan peribadi mengenai langkah sesuai bagi Umno untuk kembali meraih keyakinan rakyat.

Terdahulu, Umno yang mengetuai gabungan BN tewas kepada Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, pengaruh Umno dilihat semakin terhakis selepas beberapa parti komponen BN keluar daripada gabungan itu khususnya di Sarawak.

Sebagai rekod Umno akan mengadakan pemilihan pada 23 Jun di peringkat sayap parti, manakala peringkat pusat pada 30 Jun.