Calon presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 7 Jun lalu adalah bersifat jemputan dari tokoh itu dan bukannya atas kehendak beliau.<br /><br />Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap di majlis ramah mesra calon-calon pemilihan UMNO anjuran Badan Perhubungan UMNO Selangor di Shah Alam pada malam Rabu.<br /><br />Dalam pertemuan itu, Ahmad zahid mendakwa Mahathir meminta semua ahli Parlimen Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).