Calon Naib Ketua Pemuda Umno Pulai, Sharyfudin Basari menggesa Lembaga Disiplin parti itu menyiasat tindakan seorang calon bertaraf Exco Pemuda yang menggunakan wang untuk meraih undi perwakilan.

Sharyfudin mendakwa calon tersebut didapati menghantar dua individu untuk bertemu dengan perwakilan Pemuda dan menyerahkan sampul surat dengan wang berjumlah RM200 hingga RM300.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC hari ini.

Sharyfudin berharap pihak Lembaga Disiplin parti akan mengambil tindakan segera bagi memastikan pembaharuan parti yang diinginkan tidak lagi dicemari dengan politik wang.