Sekumpulan orang ramai terdiri daripada gabungan NGO 'Pemantau Malaysia Baru' hadir pada himpunan Selamatkan Institusi Islam dan Raja Melayu.

Himpunan berkenaan yang diketuai Ketua NGO berkenaan, Datuk Lokman Noor Adam diadakan di hadapan Kompleks Pusat Islam- bersebelahan Masjid Negara selepas solat Jumaat, hari ini.

Selain berhimpun, mereka turut membaca sumpah lafaz baiah yang diketuai Lokman bagi mempertahankan institusi Islam dan raja-raja Melayu.

Pada perhimpunan itu, rata-rata peserta yang memakai baju berwarna hitam turut membawa sepanduk yang mempunyai gambar wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dengan kesan tapak kasut serta bertulis "Jangan kurang ajar!".

Selain itu, sepanduk bertulis "Daulat Tuanku" serta "Jangan perlecehkan Raja-raja Melayu" turut dibawa.

Slogan "Hidup Islam" serta "Hidup Melayu" turut dilaungkan.