Apabila Timbalan Pengerusi DAP Melaka Norhizam Hassan Baktee memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau mencipta kejayaan yang gagal dilakukan bapanya pada sekitar tahun 1980-an.

Bapanya, Hassan Baktee Mohd merupakan ahli DAP yang bertanding dua kali di kerusi yang sama - sebelum ini dikenali sebagai Peringgit - semasa sentimen Melayu yang menentang parti itu sangat tinggi.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini dalam temu bual di pejabat barunya di Seri Negeri, pusat pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Selepas kemenangannya, Norhizam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri.

Walaupun Norhizam dibesarkan oleh bapanya di bawah pengaruh DAP, jalannya dalam politik tidak begitu jelas.

Beliau yang kini berumur 52 tahun pernah menjadi ahli Umno di cawangan Pantai Peringgit, malah pernah dilantik sebagai ketua timbalan ketua pemuda pada satu ketika.

Bagaimanapun, Norhizam meninggalkan Umno pada tahun 2006 bagi mengikut jejak langkah ayahnya dan menyertai DAP.