Seorang bayi lelaki berada dalam keadaan kritikal setelah dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemui seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata menurut saksi berkenaan, perkara itu disedari apabila terdengar dentuman kuat di bahagian belakang restorannya.

Hasil pemeriksaan saksi mendapati terdapat seorang bayi lelaki yang ditemui di atas jalan di belakang kedai bersebelahan perancah pembinaan.

Sejurus itu, saksi telah membawa bayi berkenaan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Kajang.

Mohd Sabri berkata bayi berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihaknya menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang.

Mohd Sabri berkata wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.