Kerajaan akan mengkaji semula pemberian tiga bidang tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bernilai ratusan juta yang diberikan secara prinsip kepada pemaju swasta sebelum ini.<br /><br />Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tanah dengan keluasan kira-kira 9.7 hektar di Pudu, Batu Tiga di Shah Alam dan Bangsar diluluskan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional secara rundingan terus bagi tujuan pembangunan.<br /><br />Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di RAC di sini, hari ini.
