Kerajaan bercadang mahu membina perumahan mampu milik berdekatan stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata berdasarkan penilaian pada 2017, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mempunyai aset keseluruhan bernilai RM34.5 bilion dengan aset tanah seluas 12,833 hektar.

Katanya, kesemua tanah milik RAC itu adalah tanah berhampiran dengan landasan dan stesen kereta api yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di RAC di sini, hari ini.