Kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Seri bendahara dibuka kepada orang ramai mulai 15 Mei hingga 14 Jun selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan negeri itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Menterinya yang baru Adly Zahari berkata, beliau membuat keputusan membuka kediaman mewah itu kepada orang ramai bagi menunjukkan kepada mereka kehidupan pemimpin kerajaan negeri terdahulu.

Kediaman yang terletak di Ayer Keroh itu begitu pantas menjadi tarikan pelancong dan menarik sekurang-kurangnya 1,000 pengunjung setiap hari.

Pada kerajaan negeri HARAPAN masih belum membuat keputusan mengenai kediaman berkenaan yang dibina pada tahun 2004 semasa pentadbiran bekas ketua menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Seri Negeri, pusat pentadbiran kerajaan negeri.