Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mendakwa pemegang Approval Permit (AP) diberikan keistimewaan sehingga menekan peniaga.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pemegang AP tidak semestinya menjalankan perniagaan barang keperluan itu yang pada akhirnya disifatkan hanya menjadi orang tengah dengan keuntungan yang berlipat ganda.

Nadzim berkata Pemegang AP tersebut menindas peniaga dengan bertindak menyewakan AP mereka selain menyusun rangka kadar keuntungan dan tanggungan kos membawa gula masuk ke negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PPIM, hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Biro Wanita PPIM Suraya Ali dan peniaga Datuk Ali Hassan.

Nadzim juga berkata sekiranya pemberian AP ini diberikan kepada pihak yang menjalankan perniagaan barangan tertentu bagi memudahkan pengawalan harga barang dalam masa yang sama peniaga tempatan tidak tertindas.