Bekas eksekutif Petrosaudi International Xavier Justo dilihat hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.<br /><br />Difaham, Justo yang hadir pada 8.30 pagi tadi, dipanggil ke SPRM bagi memberi kenyataan.<br /><br />Media terkejut dengan kehadirannya ketika terlihat Justo yang mahu keluar setelah selesai berurusan di SPRM.
