Pengarah syarikat berusia 59 tahun dan seorang peguam berusia 30 tahun ditahan hari ini berhubung kontrak membekal tenaga solar dan diesel di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Kedua-duanya individu itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Jurucakap SPRM memberitahu pemberita, majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari terhadap dua individu berkenaan sehingga 2 Julai.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar, dan membekalkan janakuasa elektrik kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak

Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek itu pada Januari tahun lepas.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan kontrak projek itu dianugerahkan kepada syarikat berkaitan BN dan oleh itu tidak memasuki proses perolehan Kementerian Pendidikan.