Pada 1987 Tengku Razaleigh Hamzah bersama sekumpulan pemimpin kanan Umno - digelar Team B - menggerakkan kempen mahu mengetepikan presiden ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini - pada 2018 - Tengku Razaleigh sekali lagi meletakkan dirinya dalam persaingan kerusi tertinggi parti.

Ditanya perasaannya menyertai persaingan sengit itu sekali lagi, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, ia adalah dua keadaan yang sangat berbeza.

Dalam temu bual bersama Malaysiakini semalam, anggota parlimen Gua Musang itu menjelaskan, persaingan kali ini - yang menyaksikan beliau serta empat yang lain cuba mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak - tidak boleh dibandingkan dengan suasana 1987.