Menteri penuh termuda Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini secara rasmi memulakan tugasnya di Kementerian Belia dan Sukan.<br /><br />Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan kementerian itu, beliau meminta mereka tidak memanggilnya sebagai 'yang berhormat' tetapi 'bro Saddiq'.<br /><br />Syed Saddiq berkata beliau mahu menerapkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia dan memulakannya dengan mengajak kakitangan kementerian untuk joging bersama-samanya.