Hartawan kontroversi Jho Low harus pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan pasukan petugas khas 1MDB, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.<br /><br />Shukri berkata demikian dalam sidang media di Petaling Jaya selepas melancarkan buku tulisan ketua Transparency-International Malaysia Akbar Satar.<br /><br />Shukri, yang juga anggota pasukan petugas khas 1MDB, juga menafikan pihak berkuasa negara ini merancang bertemu Jho Low di Dubai.
