Anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz hadir ke Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<br /><br />Riza hadir pada 13.32 petang tadi ditemai peguamnya.<br /><br />Riza dipanggil bagi membantu siasatan mengenai skandal 1MDB selepas ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.