Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan ke-18 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini hari ini.<br /><br />Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berkemeja putih dan berseluar kelabu gelap, tiba di Menara KBS kira-kira 8.40 pagi, sejurus selepas ketibaan timbalannya, Steven Sim Chee Keong.<br /><br />Ketibaan mereka berdua disambut Ketua Setiausaha KBS Datuk Lokman Hakim Ali dan warga kementerian.
