Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan membuat tangkapan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.<br /><br />Dalam satu kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, tangkapan tersebut dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur hari ini.<br /><br />Najib akan dituduh pada esok, 4 Julai 2018 pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta.
