Sumber polis dan SPRM mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan di kediamannya di Jalan Duta Kuala Lumpur petang tadi.

Walau bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tidak dapat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, sumber SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal lanjut.

Terdahulu, SPRM telah merakam kenyataan Najib dua kali mengenai isu SRC International.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar Najib akan ditangkap minggu ini.