Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berharap agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dapat menamakan seorang timbalan bagi kementerian yang diterajuinya.<br /><br />Menurut Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, dengan adanya seorang timbalan ia dapat melancarkan lagi kementerian berkenaan.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis sambutan Aidilfitri di Wisma Perwira di ibu negara hari ini.