Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pulang selepas mahkamah membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan dua dokumen perjalanan kepada mahkamah.

Hakim juga menetapkan 8 Ogos untuk pengurusan kes dan untuk pendengaran permohonan rasmi Najib supaya satu perintah larangan dikeluarkan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan tuduhan yang dihadapi Najib.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh perbicaraan selama 19 hari dari 18 Feb sehingga 28 Feb 2019; 4 Mac sehingga 8 Mac 2019; dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.