Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (NUFAM) menggesa kerajaan menyemak semula isu-isu berkaitan pembaziran, ketirisan dan salah pengurusan dalam Malaysia Airlines (MAS).

Presidennya Ismail Nasaruddin mendakwa tiada penambahbaikan dilihat selepas MAS menjalani proses penstrukturan semula sejak 2015.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.