Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.<br /><br />Memetik di Facebooknya yang disiarkan dalam Instagram Ashman Najib, Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan jumlah simpanan RM100 juga dibekukan.<br /><br />Nooryana juga mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.