Bekas penasihat sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim menegur Peguam Negara (AG) Tommy Thomas supaya belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu dalam urusan melibatkan kerajaan dan mahkamah.

“Dalam hal yang demikian AG perlulah berbahasa Melayu. Bukan susah, kalau boleh belajar bahasa Inggeris kenapa tak boleh belajar bahasa Melayu?" katanya kepada Malaysiakini semalam.

Rais berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak selesai didakwa di mahkamah Kuala Lumpur 4 Julai lalu.

Bekas menteri kanan itu pada masa sama turut mengulas penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau turut berkata, jika kedua-dua kejadian itu tidak ditangani, ia akan memberi ruang kepada pembangkang menjadikannya isu menyerang kerajaan.

“BN akan muncul dengan kekuatan baru mereka dan melalui perbicaraan kelmarin kita dapat lihat mereka mengambil langkah-langkah garang di mahkamah," katanya.