Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memberi nilai tambah kepada rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang antaranya didakwa tampak tidak profesional dan sangat biasa.<br /><br />Menterinya Mohammaddin Ketapi berkata pihaknya mempunyai masa yang panjang untuk berbuat demikian sekiranya perlu sebelum logo itu digunakan dua tahun dari sekarang.
