Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Beliau rebah semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyampaikan amanatnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di pentas sama kemudian memberikan pertolongan cemas kepada Hanipa.

Pemimpin AMANAH itu kemudian dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.