Pagi tadi di rumah NajibPenyokong Umno berjaya mengumpul sejumlah RM490,000 bagi membantu membayar wang ikat jamin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii, yang menyelaraskan Tabung Solidariti Najib, berkata wang itu diserahkan kepada wakil Najib di mahkamah hari ini.<br /><br />Beliau berkata demikian selepas ditemui di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
