Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berhubung pembiayaan politik.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan khas akan ditubuhkan bagi mendraf rang undang-undang itu.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas lanjut bila rang undang-undang itu akan dibentang.

Jelas Dr Mahathir, pembiayaan politik penting untuk kempen politik namun ia perlu dikawal bagi mengelakkan ia bertukar menjadi rasuah.

Dr Mahathir menambah, kerajaan akan meneliti cara negara lain seperti Jerman mengawal pembiayaan politik.

Di German, misalnya, kerajaan menetapkan jumlah dana yang boleh diberikan kepada parti politik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah kali kedua di sini hari ini.