Surprise Me!

'Saya tak arah kerat wajah Dr M'

2018-07-09 8,673 Dailymotion

Ketika tempoh berkempen bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14, gambar yang memaparkan pihak berkuasa memotong wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan kempen DAP tular di media sosial dan memberi kesan yang besar.

Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekian lama menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kecenderungan berpihak kepada BN menuding jari kepada perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak atas kejadian berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini, Najib menafikan memberi arahan kepada atau masuk campur dalam tindakan SPR.

Najib berkata, jika dia masuk campur dalam proses pilihan raya, BN tidak akan kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Najib juga menyorot bahawa dia maklum terdapat khabar angin yang mengatakan ada orang dalam yang melakukan sabotaj dalam SPR dan Umno bagi melihat Dr Mahathir menang.

Najib juga berkata dia tidak senang beberapa perkara yang terjadi pada hari pengundian, terutamanya barisan panjang di pusat pengundian - kejadian yang juga dikaitkan dengannya.

Buy Now on CodeCanyon