KUALA LUMPUR 20 Jun 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan City baharu yang sudah lama ditunggu-tunggu.

Ia ditampilkan sebagai produk pemasangan komponen terurai (CKD) pertama oleh Honda Malaysia selepas memulakan kembali produksi kilangnya pada April 2012.

City baharu telah melangkaui ekspektasi dan menawarkan pakej terbaik kepada pengguna Malaysia.

Sedan kompak ini menarik dari segi gaya, memiliki prestasi termaju dan hadir bersama ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

City baharu ini bukan sahaja mengekalkan tiga kualiti utama City – prestasi, gaya dan praktikaliti; malah ia juga melangkaui ekspektasi dengan reka bentuk yang menarik dan ciri-ciri keselamatan yang diperkukuhkan.

Dikuasakan oleh unit enjin signatur Honda iaitu i-VTEC 1.5 liter yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara prestasi dan penjimatan bahan api, City baharu mampu mencapai penggunaan bahan api dengan lebih rendah tanpa memkompromi janaan kuasa enjin. - UTUSAN ONLINE