KUALA LUMPUR - Pentas Akademi Fantasia 2013 menjadi platform bagi Nadia Amirah Othman untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.

Tersenarai sebagai salah seorang finalis AF2013, Amirah pada ketika itu terpaksa mengorbankan pengajiannya di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam demi menggapai peluang yang terbentang di hadapannya.

Walaupun hanya tampil dengan satu single berjudul Sesaatku Untukmu sewaktu berada di AF2013, Amirah tidak pernah berputus asa untuk menyambung langkahnya dalam dua bidang iaitu akademik dan nyanyian.

"Saya mengambil kursus seni muzik dengan pengkhususan dalam vokal klasikal.

"Pengajian saya terhenti sewaktu saya masuk Akademi Fantasia. Selepas tamat, saya sambung pengajian saya," katanya. -UTUSAN ONLINE