Surprise Me!

Penyokong Pas gadai maruah jika undi calon PKR

2018-07-11 0 Dailymotion

SEBERANG PRAI 2 Mei - Penyokong Pas dianggap menggadai maruah sekiranya mereka masih tetap mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana PKR sebelum ini bukan sahaja terang-terangan menolak hudud malah telah menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu tersebut.

"Sekiranya orang Pas masih menyokong calon PKR bermakna mereka ada masalah maruah. Parti yang hina presiden mereka (tetapi) masih lagi menyokong semata-mata untuk menang PRK.

"Selama ini Pas menolak BN (Barisan Nasional) kerana hudud. (Tetapi) ada parti lain terang-terang menentang hudud dan mahu mengambil tindakan terhadap ADUN Kelantan, tiba-tiba dengan lemah lembut menyokong juga.

"Orang akan persoal dari segi maruah dan pendirian Pas. Ini bermakna juga terbukti jelas bahawa Pas hanya (sebuah) parti politik dan bukan pejuang Islam," katanya.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Media PRK Permatang Pauh di Kolej Komuniti Seberang Jaya, di sini hari ini.

PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung 7 Mei ini menyaksikan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail akan ditentang oleh wakil BN, Suhaimi Sabudin, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PSM).

Sementara itu, Ahmad Shabery yakin BN akan dapat merampas Permatang Pauh yang dikuasai oleh PKR selama 17 tahun itu pada PRK kali ini.

Katanya, beliau percaya pengundi di Permatang Pauh sudah pasti akan memilih wakil rakyat yang boleh bekerja dan memberi khidmat terbaik untuk mereka setiap masa.

"Calon BN dinamik, muda dan kemampuan memikul ttanggungjawab yang biasanya dimahukan rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE

Buy Now on CodeCanyon