PERMATANG PAUH 7 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tercemar apabila beberapa insiden yang membabitkan tindakan agresif oleh para penyokong parti-parti yang bertanding.

Malahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihab Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sendiri mengakui PRK di sini lebih panas berbanding PRK Parlimen Rompin.

Malahan lawatan beliau dan para pegawai SPR ke beberapa pusat mengundi turut terpaksa dibatalkan selepas mendapat nasihat pihak polis.

"Ada laporan diterima di beberapa tempat mengundi berlaku insiden seperti membaling kerusi, caci mencaci dan melakukan ancaman (terhadap penyokong lawan).

"Ini berbeza dengan situasi di Rompin, para penyokong parti lebih tertib," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

Utusan Online dimaklumkan bahawa seorang petugas media terpaksa menerima rawatan selepas cedera di bahagian kepala ketika membuat liputan PRK Permatang Pauh.

Ekoran keadaan yang agak panas itu, Abdul Aziz menasihati para penyokong parti yang bertanding agar tidak terlalu emosi dan bertindak agresif bagi memastikan proses pilihan raya dapat berjalan lancar.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin membuang undi di Sekolah Menenbah Kebangsaan Guar Perahu.

Beliau tiba di pusat pengundian kira-kira 8.10 minit pagi.

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pula membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti kira-kira 8.30 pagi.

Dua lagi calon, Salleh Isahak yang bertanding atas tiket Bebas dan Azman Shah Othman (PRM) tidak mengundi kerana mereka bukan pengundi berdaftar di Permatang Pauh. - UTUSAN ONLINE