Surprise Me!

Brothers muncul semula dengan Sabar

2018-07-11 23 Dailymotion

PETALING JAYA 20 Mei - Kumpulan nasyid kontemporari, Brothers masih relevan kepada industri muzik tanah air apabila mereka masih terus bertahan selama 20 tahun dalam berkarya.

Biarpun 10 tahun ke belakang ini, Brothers yang dibarisi oleh Yasin, Salleh, Faiz dan Syah dilihat seolah-olah sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing namun hari ini mereka muncul kembali dengan sebuah album yang mengandungi lima buah lagu baharu.

Album terbaharu Brothers yang pernah popular menerusi lagu berjudul Teman Sejati pada tahun 1995 berjudul Sabar.

Album tersebut terbitan Hush Entertaiment, edaran Arteffects International dengan kerjasama Sony Music.

Hari ini diadakan majlis pelancaran album Sabar dan sidang akhbar Brothers.

Dalam sidang akhbar tersebut, Yasin berkata, anggota kumpulan Brothers tidak pernah berpecah walaupun pernah berlaku pergeseran sesama sendiri.

"Itu adat apabila berlaku pergaduhan dan selisih faham sesama anggota kumpulan tetapi pergeseran itu tidak pernah berpanjangan," katanya.

Beliau berkata, album Sabar mengambil masa kurang lebih dua tahun untuk disiapkan.

Katanya lagi, evolusi muzik Brothers adalah bagi memenuhi citarasa peminat urban dan penggemar muzik bercirikan keislaman.

Oleh itu, jelasnya, Sabar lebih banyak menonjolkan vokal dan suara berharmoni. - UTUSAN ONLINE

Buy Now on CodeCanyon