KUALA LUMPUR - Pelantun lagu berjudul Kun Anta yang bermaksud Be Yourself, Humood AlKhudher menjadi tetamu selebriti penutup tirai Jom Chat buat seketika menjelang kedatangan bulan Ramadan.

Sepanjang Ramadan, segmen bual santai secara live streaming, Jom Chat berhenti rehat dan akan bersambung selepas seminggu Hari Raya.

Kedatangan penyanyi yang berasal dari Kuwait ke ibu pejabat Kumpulan Utusan baru-baru ini adalah bagi menjayakan segmen mingguan Jom Chat.

Menurut Humood, 26, beliau tidak menyangka sama sekali lagu Kun Anta menjadi viral di laman sosial sehingga mempopularkan dirinya sebagai penyanyi.

"Saya gembira diterima baik boleh para peminat kerana Kun Anta dinyanyikan dalam bahasa ibunda saya," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa berbesar hati kerana turut diberikan peluang mempromosikan album sulungnya yang turut menyelitkan lagu Kun Anta yang berentak world music. - UTUSAN ONLINE -