Tampil dengan imej lebih menarik, jaringan terbaharu edisi khas dengan unit terhad Isuzu D-Max, Diablo, kini mampu menjadi pilihan ramai sekali lagi.

Jika sebelum ini mempertaruhkan Safari dan Artic, Diablo hanya 300 Diablo dikeluarkan bagi memenuhi cita rasa peminat pikap di negara ini.

Lebih garang, lebih menyerlah, Diablo kini diperkemas dalam bahagian rekaan dalaman, dengan kelengkapan tempat duduk dibaluti dengan kulit Itali premium berwarna merah.

Lebih menarik, kenderaan berkenaan turut dilengkapi bersama sistem hiburan multimedia Blaupunkt bersama kamera mengundur.

Model baharu edisi khas ini juga ditampilkan dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh apabila didatangkan bersama penutup D-Loc yang boleh dikunci dan mempunyai ëaero spoilerí.

Kemasan krom ditukar kepada warna hitam atau kelabu gelap bagi dipadankan bersama warna badan kenderaan Cosmic Black Mica bagi gril, pemegang pintu, cermin, ëroof railsí dan bampar belakang.

Namun masih mengekalkan logo krom Isuzu yang terdapat pada gril dan kemasan ëguardí berwarna perak pada bampar hadapan.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman pemanduan dan permotoran yang lebih hebat dan selesa, D-Max Diablo merupakan pilihan yang terbaik buat pengguna dengan harga yang ditawarkan begitu berpatutan iaitu dari RM110,189.60 bagi enjin 2.5L dan RM116,959.90 untuk enjin 3.0L