KUALA LUMPUR - Hanya tinggal empat hari sahaja lagi, pentasan Makyong Gading Bertimang akan diadakan di Auditorium Mini Matic, Jalan Ampang.

Makyong tradisional autentik itu sebenarnya jarang-jarang dipersembahkan.

Kali terakhir lagu yang dipersembahkan dalam Makyong Gading Bertimang diperdengarkan kepada khalayak ialah pada tahun 1968.

Pementasan ini berkisar tentang cerita yang berlaku dalam istana.

Walaupun agak sukar untuk memahami bahasa atau dialek Kelantan istana lama namun keberanian Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) untuk merealisasikan persembahan itu patut diberikan sokongan.

PETRONAS selaku penganjur utama mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan.

Menampilkan Pakyong Roshnan Rahman sebagai pemain undangan, tiket untuk menyaksikan Makyong Gading Bertimang berharga RM25 dan RM55 boleh dibeli di www.AirAsiaRedtix.com. - UTUSAN ONLINE