KUALA LUMPUR 8 Jun- Anugerah Penjenamaan Global 2015 bertujuan memberi penghormatan kepada syarikat yang cemerlang dan memberi prestasi yang baik dalam sektor berbeza.

Anugerah ini diberikan kepada syarikat yang berusaha menyediakan platform kepada masyarakat.

Selain itu, Anugerah Penjenamaan Global 2015 memberi kesedaran mengenai kepentingan penjenamaan, perkhidmatan dan prestasi sesebuah syarikat ke peringkat antarabangsa.

Ia diraikan sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kepada syarikat-syarikat berprestasi baik dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sebanyak 44 kategori telah diiktiraf dan diberi penghormatan dengan anugerah-anugerah pencapaian di mana sebahagian mereka seperti Ariani, Jakel, K Colly dan Ning Baizura untuk Anugerah Ikon Fesyen.-UTUSAN ONLINE