KUALA LUMPUR - Rangkaian Kedai Buku 1 Malaysia (KB1M) baru-baru ini telah memulakan operasi perkhidmatannya secara atas talian yang mana itu membolehkan para pelanggan membeli koleksi buku-buku baharu dengan harga yang lebih murah menerusi kb1monline.com.my.<br />Pembelian atas talian ini turut menawarkan potongan harga di antara 10 peratus hingga 15 peratus iaitu harga yang sama rendah seperti yang ditawarkan di mana-mana rangkaian KB1M.<br />Selain daripada itu, pelanggan yang membeli koleksi buku secara atas talian, secara automatiknya, didaftarkan sebagai ahli.<br />Para pelanggan KB1M juga berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke 10 destinasi pelancongan termasuk Seoul, Korea; Mali, Maldives; Beijing, China; Sydney, Australia; Siem Reap, Mynmar; New Delhi, India; Tokyo, Jepun; Auckland, New Zealand; Bangkok, Thailand dan Bali, Indonesia.<br />Tawaran tiket penerbangan ini yang merupakan sebahagian daripada kempen promosi adalah dengan kerjasama MyCentrio Holidays Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE