PARIT 12 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini meneruskan Istiadat Menziarahi Makam Almarhum-Almarhum Sultan Perak..

Ziarah sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 itu memasuki hari kesepuluh dengan Baginda berdua melawat lapan makam Almarhum-Almarhum Sultan Perak termasuk makam Sultan Pertama, Sultan Mudzaffar Shah I.

Sultan Mudzaffar Shah memerintah selama lebih kurang 27 tahun dan mangkat di Tanah Abang dengan gelaran "Mahrum Tanah Abang".

Baginda mula-mula bersemayam di Tanah Abang dan kemudian berpindah ke Kota Lama Kanan, dekat bandar Kuala Kangsar.

Baginda memerintah dari tahun 1528 hingga tahun 1549.

Antara sejarah menarik Sultan Mudzaffar apabila bahtera kenaikan Baginda yang tersangkut di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak.

Kapal baginda hanya bergerak apabila baginda bertitahnya,
"Sekongkong Tanah Minngkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka
Jika sah Beta Raja berdaulat
Lepaskan sekalian malpetaka".

Sejak peristiwa itu semua Sultan Perak yang ditabal perlu mencecahkan kaki di Beting Beras Basah. Istiadat ini akan dilakukan oleh Sultan Nazrin pada Khamis ini. - UTUSAN