KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menguatkuasakan segera peraturan mewajibkan pemandu Uber dan GrabCar memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).<br />Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu penting supaya kerajaan dapat mengawal dan mengambil tindakan ke atas pemandu jika berlaku pelanggaran undang-undang.<br /> “Uber dan GrabCar juga perlu mempunyai label tertentu agar ia dapat dikenali sebagai satu industri, sebagai contoh menggunakan pelekat U pada kereta agar ia diketahui umum,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. <br />Nadzim berkata, syarat yang jelas bukan sahaja dapat melindungi penumpang tetapi boleh membawa manfaat kepada industri teksi serta menjaga kepentingan pemandu teksi yang lain. <br />Tambahnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga perlu dikuatkuasakan kepada pemandu Uber dan GrabCar sama seperti yang dikenakan terhadap pemandu teksi sedia ada. - UTUSAN ONLINE